Wednesday, June 29, 2011

[UMRAH] Jemputan kali ke 2-Part 1

Alhamdullilah, bertarikh 18 June 2011 smpi 28 June 2011 aku selamat menjalani ibadah umrah untuk kali ke 2 nya. Syukur kepada Allah S.W.T..kerana aku diberi peluang kali ke 2 untuk menjadi tetamu Nya.

Apa yang boleh aku cite..perjalanan kali ini memberi erti yang lebih mendalam dan menguji mental dan fizikal.

Perjalanan ke tanah suci kali ni dgn Mak, abang and kakak ipar. Ambik pakej dgn tabung haji. Wpun ade sedikit kekurangan dr segi pengurusan tapi alhamdullilah kami dpt mengerjakan umrah dengan sebaiknye…

Alhamdullilah skali lagi, segala-gala urusan disana semuanya lancar kali ni.  Dugaan tu semua jadikan iktibar.


Tanah suci Mekah dah banyak berubah dari masa mula aku pegi tahun 2007 hari tu.  Banyak btui bangunan tinggi-tinggi sekarang.  Hotel-hotel plak makin banyak.  Tiba-tiba aku jadi cuak sbb teringat salah satu tanda-tanda hari menuju ke akhirnya ialah berdirinya bangunan-bangunan tinggi yg megah di sekitar Masjidil haram....nauzubillah~~~~~~

Apapun...semuanye ketentuan yg kuasa.

Kali ni mgkn pengalaman mencabar bagi Abang and kakak ipar sbb ni 1st time dorang mengerjakan umrah.  Sedikit sebanyak aku cuba tolong ape yg boleh masa nak mengerjakan umrah tu sbb masing2 kene buat sendri since kumpulan umrah kami terlalu ramai. 

Ustaz pun x bleh nak control semua org jadi kami follow dia setakat yg mampu selebihnye kami cuba buat sendri dgn follow segala perkara menunaikan umrah...alhamdullilah...kami berjaya buat 3 kali umrah.  Disebabkan keadaan tak mengizinkan byk tu la yg kami buleh buat...yg paling  penting niat tu...tu yg paling utama.

Masa kat sana mulut, mata, perbuatan dan tingkah laku semua kena jaga lah...jgn sesedap rase mulut  mengata ke mengutuk ke..elakkan lah..

masa pegi ni suhu tak silap aku dlm 38 ke 39 deg cam tu...panas toksah cite la kan..

Masa kat Madinah, bahangnya mmg lain macam sungguh la...tapi takpe tu semua duniawi ye....

Paling aku terharu sgt2 bile kami buat lawatan di Raudah dlm Masjid Nabawi..disebabkan tahun ni mak dah tak berapa nak boleh jalan jauh so aku decide tuk bwk wheelchair so mak xyah bejalan la kat sana which is so convenient for her...boleh bawak wheelchair senang skit pada yg tak berkemampuan nak jalan jauh....

disebabkan ni kami dpt kelebihan skit masa nak naik flight dan paling untung skali masa di dalam raudah tu.masa umrah pertama mmg susah sgt nak masuk sbb kene betolak tolak berpusu nak dekat tapi kali ni alhamdullilah mmg dpt masuk dgn senang sbb ade laluan tuk wheelchair dan lagi best ustazah yg bawak kami masuk tu sgt membantu.  since kami masuk dulu dari yg lain ustazah bagi kesempatan pada kami berdua untuk solat sunat dulu kat karpet hijau tu...alhamdullilah masa tu mmg sebak tak terkata la sbb siapa sangka dpt solat di line yg pertama skali..takat kene langkah n tolak tu x ya cite la kan..tapi ustazah tu tolong kawalkan utk kami...waaaaa...mmg nangis sungguh2 kat situ sebak......sempat berdoa dan meyampaikan kiriman doa yg lain..semoga dimakbulkan ..amin...

meh nak cite skit berkenaan raudah ni..

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.



“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”


Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.


Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.

Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.

Buku – Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah (Ust Abdul Basit Abd Rahman)

untuk kaum lelaki mgkn senang skit sbb tak ada kawalan ketat tapi kaum perempuan susah skit la..tapi takpe..alhamdullilah...

sesungguhnye pengalaman kali ke 2 amat amat bermakna...menguji kesabaran diri dan ketabahan, mental and fizikal...

kalau ada umur yg panjang dan diberi keizinan dari Nya...nak datang lagi..insyallah~~~


meh tgk gambo ye..





Bilik kat Madinah..Movenpick..sangat besttttttttttt..






Area-area di sekitar Kota Madinah




Jabal Uhud





makam para syuhada


Gi lawat ladang kurma


Kawasan ni xde lam senarai melawat tapi pakcik driver willing to bawak and nak tunjukkan kawasan ni.  Dia ckp kawasan ni unik sbb jalan raya ni rata je tapi still bus boleh meluncur laju macam turun bukit..serius!! mmg btui..jalan raya ni rata je tpi driver bus matikan enjin and bus tu still jalan laju bleh pegi smpi 60km/j..OMO!!!! hehehe..excited je...





time ni bus tengah pecut la ni...enjin dah di matikan...huhu..


kawasan ni jugak terkenal dgn kawasan santai-santai family kat sana...Eh!!!! x panas ke ek??? sesungguh nye sgt panas..tapi pecaya le ni mmg tempat dorang ber picnic time cuti sekolah..kalo kita gi picnic kat pantai or kawasan air terjun..dorang lak picnic kat tengah padang pasir ni...betapa lain nye...interesting!! tapi kawasan ni mmg cantik sangat wpun x byk pokok...


ni nak dirikan hotel lagi...keliling kawasan ni mmg hotel je penuh...dari yg biasa biasa ke hotel yg luarbiasa mahal..



ni lak ruangan luar Masjid Nabawi..dekat sangat dengan Hotel...jalan skit je...so x de masalah 5 waktu tuk ulang alik balik hotel ke masjid cuma kene gi cepat je la sbb masjid mmg la penuh time waktu solat kan..Bagi kaum lelaki dorang boleh bwk kamera or hp dlm masjid tapi kaum perempuan x boleh so kalo nak masuk bagi le hp kat asben ke abg ke tulung simpankan


Cantikkan...ni cam payung...nnti malam2 dia akan tutup...siang2 je bukak..




next entry nak letak gambo2 je le ye..

No comments: