Wednesday, November 18, 2009

[UMRAH] Menjadi Tetamu Nya - Part 2

Ok now..mase untuk gambo..since aku dah tak berapa ingat sequence gambo and kejadianye so aku letak je la gambo and based on that aku ceritakan skit tentang gambo tu ye...mintak mahap le aku ni bukan jenis ingat sangat kalo dah lama-lama ni..ekeke

aku nak cite tempat tempat bersejarah di kota suci ni yg sempat aku lawati..antaranye..

Di Makkah dan Madinah banyak tempat-tempat yang menjadi saksi kebesaran Islam dan perjuangan Rasulullah. Ada gua hira yang merupakan tempat Rasulullah menerima wahyu pertama kali. Jabal Tsur, Jabal Uhud, dll.

Mina Makkah






nampak tak khemah-khemah yg warna putih tu...tu semua khemah para jemaah hari.  Antara rukun-rukun haji adalah bermalam di Mina. 

Meh nak cite skit pasal Mina ni...(input dari internet jugak la)..

Mina adalah salah satu tempat bersejarah bagi umat Islam di Kota Makkah . Merupakan sebuah lembah di padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Mekkah, Arab Saudi.

Mina didatangi oleh jemaah haji pada tanggal 8 zulhijjah atau sehari sebelum wukuf di Arafah. Jemaah haji tinggal di sini sehari semalam sehingga dapat melakukan shalat Dzuhur, Ashar, Maghrib, Isya dan Subuh. Kemudian setelah solat Subuh pada tanggal 9 zulhijjah, jemaah haji berangkat ke Arafah. Amalan seperti ini dilakukan Rasulullah SAW saat berhaji dan hukumnya sunnah. Ertinya tanggal 9 zulhijah sebelum ke Arafah, tidak wajib bermalam di Mina.

Jemaah haji akan datang semula ke Mina setelah selesai melaksanakan Wukuf di Arafah untuk tujuan melempar jamrah. Di Mina, jemaah haji wajib melaksanakan mabit (bermalam) pada 10,11,12 zulhijjah bagi jemaah haji yang melaksanakan Nafar Awal atau tanggal 10,11,12,13 zulhijah bagi jemaah yang melaksanakan Nafar Tsani. Jika tidak bermalam di Mina, harus membayar dam (denda).

Tempat atau lokasi melempar jamrah terdapat di Mina, iaitu Jamrah Aqabah, Jamrah Wusta dan Jamrah Ula. Mina juga merupakan tempat atau lokasi penyembelihan binatang kurban. Di Mina ada Masjid Khaif, merupakan masjid dimana Rasulullah SAW melakukan solat dan khutbah ketika berada di Mina untuk melaksanakan ibadah Haji.

Begitulah serba sedikit penerangan tentang tempat ni..kalo di tengok tempat ni mmg luas sgt...even atas2 bukit tu pn ada khemah2.  Bayangkan time haji mesti penuh dengan orang kan.. 


Jabal Uhud
 
Jabal uhud jugak merupakan antara tempat-tempat bersejarah yg harus dilawati kepada para jemaah umrah.  Mari baca sedikit pengenalan pada Jabal Uhud ni.
 
Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. 






 
 Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa. Perang Uhud terjadi pada 15 Syawal 3 H . Sebanyak 70 tentera Muslim menjadi syuhada, termasuk bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Muthalib.

Kalau di tengok secara 'real' bukit ni memang nampak warna merah...



so takat tu je le dapat gambo untuk Jabal Uhud..bukit ni boleh dinaiki tapi jenuh le 2,3 jam kut baru smpi puncak..so mampu melihat dari kejauhan saje le...next.........

Jabal Rahmah

ok tmpt ni juga antara tmpt2 yg harus dilawati.Aku tak naik ke atas puncak ni sbb time ni gi dgn mak and dia x larat nak naik so tengok dr bawah je pun dah cukup.  Meh kita ingat balik peristiwa di sebalik tempat ni.

Jabal bermaksud sebuah bukit atau gunung, sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi yang terlarang.

Nampak tak kat puncak bukit tu ade tugu warna putih?  Dikatakan kat situ le pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah turun dari syurga dan dipisahkan Allah selama lebih kurang 200 tahun. Peristiwa pertemuan kedua nenek moyang manusia itu diabadikan setiap tahun, ketika jamaah Haji atau Umrah melakukan ziarah.  Pada yg nak cari jodoh doa lelebih skit kat sini insyallah dikatakan doa akan dimakbulkan.







No comments: