Adesss..akhirnye abis gak....akakkakak
DAY 4
(Seoul)-Myeongdong- Namdaemun-Dongdaemun-Itaewon
Pagi-pagi buta lagi kami dah begerak ke arah Seoul. Take about 2 to 3 hours by bus. Agak jauhkan? Sampai naik boring la dalam bus tu…diam tak diam sampai le jugak tempat idaman kalbu …Seoul…
kenapa aku suka tempat ni? UNEXPLAINABLE …since memang minat cerita korea kan so tu la tempat yang nak dituju..(erk! Actually it happen to be no 2 in the top 10 list…hehehe).
Sampai je situ kami di bawak gi shopping-shopping kat Myeongdong Street and Namdaemun. Wala!!! Gile jakun sbb macam-macam benda menarik nak beli hokey ngahahahah…since orang pun ramai so kami bergerak pecah-pecah.
Aku n few gengs gi rewang-rewang kat area area dekat je since tak berapa tahu nak pegi kan..so far yang aku perasan orang korea ni semua nak cepat..jalan pun semua cepat cepat kita pun kene follow dorang jalan cepat kalo tanak kene redah..ekekekek..semput gak arr..
Lagi satu, suka sesangat la dorang ni bina tangga yang tinggi2..ya rabbi! Giler semput hokey..
Meh nak cite skit sal Myeongdong Street and Namdaemun Market ni.. Memula myeongdong ye. Tempat ni memang terkenal di kalangan budak-budak remaja korea melepak. Sini jugak tempat perkampungan segala fashion-fashion baju yang bombastic..ekekke..suka..suka..kalo kat KL tu umpama cam Jalan Bukit Bintang la kan..semua fashion baju yang trendy ade kat sini. Paling best segala mak nenek kosmetik cap buatan korea ade kat sini. Sampai rambang mata la.
One for sure dorang ni mmg fashionista la x jumpe la yg serabai serabai kat situ. And lagi yg buat aku stress size2 baju adalah mengikut skima ‘S’ ye..tengok baju saiz L pun serupa S jugak..adessss…tuk aku yg bersaiz ala2 M nak ke L ni mmg le payah nak cari baju..ekeeekeek..xpo la den cuci mato yo la..
Dah abis pusing-pusing Myeondong, kami divert plak ke Namdaemun Market. Tempat ni sebelah menyebelah je..jalan kaki skit dah smpi market tu. Namdaemun Market ni plak macam sebuah kawasan jualan barangan secara pukal atau kata orang putihnye ‘wholesale’. So kat sini ‘dibenarkan’ bargain sesuka hati dan sepandai nya. Tapi mostly agak susah la nak bargain dgn dorang sebenonye..ekekekeke..paling paling pun dorang akan kasi satu barang percuma yg kecik kecik tu…’service’ katanye..ekeeekkkekeke..
Kat sini bleh cari T-shirt yg ade tulisan korea tuk souvenir family ke and kat sini jugak la pusat jualan brooch liplap terbeso ye. Bleh cari bangunan yang tertulis perkataan ‘Ledang’ tapi tulis lam Korean words ye (sila bawa kamus…huhuhuh). So kat sini aku bli la few gift tuk kaum kerabat Malaysia. Gambo x sempat snap..adesss…
(Tidak ade sebarang gambar pun tuk dua-dua tempat ni sbb kan terlalu 'teruja' eekkek)
Next place kami dihangkut ke Dongdaemun. Ni tempat aku panggil kampung fashionista. Segala mak nenek fashion ade kat sini..lawa lawa plak tu..cuma sizenye je la alahaiiiiii..
Kalau datang sini jangan lupa datang shopping mall ni Doota.
Best sbb macam2 baju fesyen2 sekarang ni ade kat situ tinggal nak keluar duit dengan tidak je..hehehe..tegoda gak nak bli tp idok le jugok belinye
Kat belah tepi Doota tu ada stage tuk wat sebarang show ok...meaning show cam singing competition ke ape ke bukan show sebarangan ye...ekekkeke...ni dak2 muda suka la ni...
ni lak rupa paras tepi tepi kat area Dongdaemun ni ye kengkawan..
Dorang suka bina arca arca kat merata rata tempat public untuk attraction la kan. Cantik-cantik jugak le...and jarang -jarang kelihatan aktiviti 'vandalism' sebab tu la government sana boleh bina sebarang jenis arca pun even kat tengah jalan raya..hehe..
kat belakang tu bleh nampak Dongdaemun Stadium ye..
Ni lak view dari mana aku pun x pasti hehehe..tengok je la..ni la lebey kurang view city dia ek.
Abis shopping yang patut kami bergerak lagi ke next destination. Next destination is Presidential Blue House.
Nampak tak bangunan yang kat belakang tu? Ha tu le office President nya.
Tak boleh pegi dekat-dekat sebab Polis gila ramai kat area tu. Dibenarkan tangkap gambar dari jarak yang ditetapkan. Disebabkan time tu hujan so aku tak turun lama lama la snap 2 keping gambo pastu aku naik bas balik..sejuk gile dah le winter, hujan plak cam nak patah riuk tulang tulang semua sbb sejuk hokey!!
Lepas tu kami bergerak lagi ke next destination. Hari ni agak padat sebab tempat yg kami pegi tu dekat dekat je so bleh pegi sekali harung je. Next place -- Itaewon. Town of Foreigners.
Lebih kurang cam tu la sebab kat sini le ramai foreigner duduk. Tempat ni jugak ada Masjid. Rasanye ni je masjid yg ada berdekatan...tempat lain x sure plak.
Anyway, kat sini barang-barang dia agak pricey skit ye la tempat tumpuan foreigner kan so price pun up la. Apa yang bagus kat sini mostly boleh bercakap English so nak communicate agak senang. And lagi tambah best kat sini jugak ade terdapat beberapa restoran halal untuk orang Islam. Harga hidangan ada yang murah dan ada yang mahal. Mostly makanannya ala-ala nasi beriyani gitu. So to those looking for halal food boleh la datang ke Itaewon. Dah datang sini jangan lupa plak singgah kat Masjid Itaewon ni ye.
Masjid ni agak tersorok skit so kalau nak pegi baca dulu map yang ada kat tepi jalan tu ye. Nanti akan ada direction untuk ke masjid ni. Hahahah nak pegi masjid ni perlu menaiki bukit skit..walaaaaa memang penat hokey!!!
Ni main entrance masjid ye
As you can see kat gambo atas ni, ada few koreans yang keluar dari masjid ni kan? ok actually dorang bukan Muslim. Dorang datang untuk buat thesis pasal orang islam di korea. Masjid ni disamping jadi tempat ibadat bagi Muslim, juga menjadi pusat rujukan pada yang berminat untuk mendalami Islam.
It's open to the public dan ada sediakan pakaian jubah untuk kaum wanita yg non muslim utk masuk dan melawat. Bagus betui. Most of the muslim yang ada di Korea adalah orang Pakistan dan Arab yang menetap kat sana. So jangan lupa singgah ye.
Bila dah datang sini jangan lupa jugak snap pintu gerbang 'Itaewon' ni menandakan anda sudah sampai ke sini..hehhee..gambo kat bawah ni versi tak berapa 'selera' nak tengok sbb snap dr atas bus time tu nak ujan lebat lak
Time ni ujan dah giler lebat..golap gulita sib baik nak balik dah..bila pandang jam ni teringat plak jam kat federal highway yang aku harung tiap kali nak balik keje...hazab ok!!
Balik je dari shopping kat Itaewon, kami check in kat hotel nama dia Biwon Hotel. Hotel ni best gak cantik hokey! Rate boleh tahan la tuk satu malam standard hotel la kalo nak budget lak better go for guest house yg belambak kat situ with cheaper price of course. Adesss gambo x dok lak eh..x jumpe..
Ada yang interested nak stay sini bleh check out this website k.. http://www.biwonhotel.com/
Aktiviti malam pulak takda so semua lepak-lepak dalam bilik kemas-kemas beg sebab besok nya dah nak balik....Oh! dah last day rupanya. Malam tu plak aku ada aktibiti sendiri. Hari tu chinggu korea aku nak datang jumpa for the 1st time. So memang dia datang hokey! terharu..akakakaka...kami jumpa jumpaan kat bawah je tepi hotel tu cam ade taman tuk lepak2 so duduk je la kat situ dalam sejuk giler gaban tu tapi buat -buat cam cool..lepak barang 2,3 jam pastu dia balik..hahahhaa..thanks for coming anyway!!
End of day 4
DAY 5
Incheon - Kuala Lumpur
since cite nak abis dah so aku combine je le ye..
Ok..pagi-pagi lagi kami dah settle semua dan get ready to go to Airport. I'm going back to Malaysiaaaaaa...
Thanks to our Chocholate Oppa and Ben Ajushi for a nice tour hehehee..
So overall pada aku trip ni memuaskan hati jugak la walaupun tempohnya sangat sekejap. Papepun it was my precious 1st memory to korea. Byk benda yg aku dapat dr trip ni. Thanks to all my chinggu from Forum.
Without you guys i woudn't have a chance to go.
End of Trip 1..eventhough ada few lack information sbb dah lama kan that's the nearest memory i have ..hehehhe...so kalau rajin mari la bace my next entry pulak ye.hehehehee
No comments:
Post a Comment