Sunday, April 26, 2015

Doa untuk sahabat ku disana....

Akhirnye aku decide tuk kembali ke sini lepas dah lama menyepi.  Menyepi bersebab kata org.

Banyak benda jadi beberapa bulan ni.  Ada yg baik dan ada yg buruk.  But seriously menyebabkan aku malas nak update cite kat sini.  Harap2 aku rajin la nak sambung cite NZ yg dah basi tuh..hemm..

Bulan Mac 2015 meninggalkan seribu satu kenangan manis dan sedih..

14 Mac 2015 menjadi tarikh penuh makna dlm hidup aku, ehem..ehem...cite kemudian le yg part ni..xde mood..huhu..

27 Mac 2015 pula menjadi tarikh keramat paling menyedihkan dlm hidup aku. Rase cam kene eletric shock bile terlampau byk perasaan dlm satu masa. Sahabat paling baik aku dunia akhirat telah meninggalkan kami.  Meninggalkan kami jauh, teramat jauh smpi tak tercapai oleh aku.  Dia telah pergi dulu mengadap Pencipta kita. 

Ya Allah! sesungguhnye aku redha kau mengambil dia dari kami.  Dan sesungguhnya aku sangat berterima kasih pada Mu kerana meminjamkan kami sahabat, kakak dan anak paling baik yg pernah aku jumpe.

Kuanne, sampai bila2 pun aku akan ingat ko.  Ko lah yg ajar aku macam mana nak survive travelling sensorang, ajo aku cane nak guna waze, wpun ade wave ko jugak yg jadi GPS bersuara aku sbb tanak aku sesat...  Ko yg ajar aku macam mana nak bersabar dgn perangai manusia.  Ko jugak yg jadi tempat aku nak lepaskan segala tension, ko sabar je dengar aku carut2 semua org.  Nasihat ko takkan aku lupekan sepanjang hidup.  Walau kita bukan saudara kandung tapi ko lebih dri seorg kakak kandung pada aku.

Aku terkilan sbb aku tak byk spend masa dengan ko disaat saat akhir ko masih sihat.  Sungguh aku terkilan.  

Betapa kuatnya ko menempuh semua dugaan.  Sungguh ko kuat dan tabah sahabat.  Maaf sekali lagi sbb aku bukan org yg dpt berkongsi kesakitan ko. Sungguh aku terkilan tak dpt tenangkan ko sebaliknye ko yg tenangkan aku dgn segala masalah2 aku yg berserabut.

Sahabat, ko gembira saat aku bagitau berita gembira tu pada ko.  Sungguh aku nak sangat kongsi kegembiraan tu dgn ko.  Ko doakan aku berbahagia hingga ke jannah.  Amin...semoga doa ko utk aku dimakbulkan. 

Ayat watsapp ko bile aku ckp ko wajib dtg kenduri aku nnti..


"Insyallah kot panjang umur den.  Lately ni uzur sikit la tp xpa jgn la plak -ve..den akan tetap bersama korang until my last breath"

Ya Allah, berderai lagi air mata aku..sungguh... T________T

watsapp kita aku tak penah delete dan akan ada kat phone tu selamanya..bila aku rindu ko aku bace balik ayat2 ko..

Kadang2 bile ko boring subuh2 lagi ko dah watsapp.

"Oiit chimei buat apo? ngulor ke??"

Dah tak mungkin ada lagi org akan watsapp aku pagi2 gitu, blum lagi kat skype... Ya  Allah...beratnye aku rase.. separuh jiwa aku dah tak ade..

Aku cuma manusia biasa,  yg tak mampu bersabar dan tabah bila org suruh..sesekali aku rebah jugak.  Bila pandang barang2 yg dia penah bagi kat lam bilik aku ...aku nangis..  tepandang gambar2 lama kami...aku nangis..bile rindu bukak balik fb dia sekali lagi aku nangis...last profile picture adalah gambo kami ber2..

Ya Allah...sungguh aku perlukan kekuatan dan ketabahan..sesekali aku mimpikan ko, terngiang ngiang ayat terakhir sebelum ko dah tak sedar kat hospital aritu...

"chimei...chimei..chimei"...3 kali ko sebut nama aku lepas tu ko tido sbb doc dah suntik drug yg kuat tuk ilangkan rase sakit ko..ko sempat pandang aku wpun dlm mamai2 dan aku sempat pandang ko sblm ko menutup mata... Allah....

Janji Allah itu pasti, dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.   Dia telah memanggil semula sahabat ku Rosmalina Osman untuk kembali kepadanya.  Yakin bahawa semua orang akan kembali kepadaNya.. 

Tenanglah wahai sahabat ku disana Kuanne..insyallah akan ku doakan ko disana sentiasa..ingati ko dlm doa aku dan ingati kenangan kita selamanya..insyallah..